Penggunaan tulisan Jawi dapat dilihat dalam bidang
Pendidikan, bidang Pentadbiran, bidang Kesusasteraan, bidang Perubatan, bidang
Kesenian, bidang Ekonomi dan juga bidang Agama.
Tulisan Jawi dalam Bidang Pendidikan
- Pembelajaran dan pengajaran Islam di Tanah
Melayu bermula sejak abad ke 12 dan 13 Masihi.
- Penggunaan tulisan jawi dalam bidang
pendidikan pula bermula seawal abad ke 13 Masihi. Setelah pengisytiharan
penguatkuasaan Undang-undang Islam di negeri Terengganu, penggunaan
tulisan jawi semakin berkembang luas.
Tulisan Jawi dalam Bidang Pentadbiran
- Semua urusan surat-menyurat, watikah
perlantikan, surat perjanjian, dan semua urusan rasmi telah menggunakan
sistem tulisan jawi dalam pentadbiran feudal (Kesultanan Melayu).
- Semua surat yang dikeluarkan oleh pihak Istana
mempunyai cap mohor yang tertulisan tulisan jawi pada mohor tersebut
misalnya pada cap mohor Sultan Perak pada tahun 1895 dan cap mohor
Bendahara Pahang pada tahun 1806.
Tulisan Jawi dalam Bidang Kesusasteraan
- cerita-cerita dibukukan antaranya ialah
Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Tengkorak. Cerita-cerita melayu lama juga di
tulis dalam tulisan jawi dan dibukukan.
- bentuk puisi, sajak, syair, dan gurindam
- Dengan wujudnya tulisan jawi, tradisi,
adat resam serta nostalgia lama dapat dikekalkan dan diwarisi oleh
generasi pada masa hadapan.
Tulisan Jawi dalam Bidang
Perubatan
- dukun
dan bomoh akan menulis segala ajaran dan jampi yang dicatit dan dibukukan
untuk rujukan kepada generasi yang akan datang.
- Di dalam buku tersebut
dicatit segala mantera dan bahan-bahan yang digunakan untuk mengubati
pelbagai jenis penyakit
Tulisan Jawi dalam Bidang
Kesenian
- Tulisan
jawi menjadi semakin unggul apabila tulisan tersebut dijadikan ukiran di
rumah.
- Kepakaran
orang Melayu mengukir ayat-ayat khat pada medium tertentu, sebagai contoh
pada kepingan kayu untuk dijadikan hiasan di dalam rumah.
Tulisan Jawi dalam Bidang
Ekonomi
- Tulisan
pada mata wang menggunakan tulisan jawi, sebagai contoh, penggunaan
tulisan jawi dapat dilihat pada duit negeri Terengganu bertarikh 132
Masihi.
Tulisan Jawi dalam Bidang
Agama
- Raja
dan pembesar juga menggalakkan rakyatnya untuk mendalami ilmu
agama.
- Hasil
daripada kegiatan agama Islam yang dipelopori dan diawasi oleh raja dan
pembesar, dapat menghapuskan buta huruf disamping dapat melahirkan
tokoh-tokoh agama di kalangan rakyat tempatan.