Wednesday 25 April 2012

Sumbangan Batu Bersurat

Penggunaan tulisan Jawi dapat dilihat dalam bidang Pendidikan, bidang Pentadbiran, bidang Kesusasteraan, bidang Perubatan, bidang Kesenian, bidang Ekonomi dan juga bidang Agama.





Tulisan Jawi dalam Bidang Pendidikan
  • Pembelajaran dan pengajaran Islam di Tanah Melayu bermula sejak abad ke 12 dan 13 Masihi. 
  • Penggunaan tulisan jawi dalam bidang pendidikan pula bermula seawal abad ke 13 Masihi. Setelah pengisytiharan penguatkuasaan Undang-undang Islam di negeri Terengganu, penggunaan tulisan jawi semakin berkembang luas.        


Tulisan Jawi dalam Bidang Pentadbiran
  • Semua urusan surat-menyurat, watikah perlantikan, surat perjanjian, dan semua urusan rasmi telah menggunakan sistem tulisan jawi dalam pentadbiran feudal (Kesultanan Melayu). 

  • Semua surat yang dikeluarkan oleh pihak Istana mempunyai cap mohor yang tertulisan tulisan jawi pada mohor tersebut misalnya pada cap mohor Sultan Perak pada tahun 1895 dan cap mohor Bendahara Pahang pada tahun 1806.


Tulisan Jawi dalam Bidang Kesusasteraan
  •  cerita-cerita dibukukan antaranya ialah Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Tengkorak. Cerita-cerita melayu lama juga di tulis dalam tulisan jawi dan dibukukan.
  •  bentuk puisi, sajak, syair, dan gurindam
  •  Dengan wujudnya tulisan jawi, tradisi, adat resam serta nostalgia lama dapat dikekalkan dan diwarisi oleh generasi pada masa hadapan.


Tulisan Jawi dalam Bidang Perubatan

  •  dukun dan bomoh akan menulis segala ajaran dan jampi yang dicatit dan dibukukan untuk rujukan kepada generasi yang akan datang.
  • Di dalam buku tersebut dicatit segala mantera dan bahan-bahan yang digunakan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit 






Tulisan Jawi dalam Bidang Kesenian
  • Tulisan jawi menjadi semakin unggul apabila tulisan tersebut dijadikan ukiran di rumah.
  • Kepakaran orang Melayu mengukir ayat-ayat khat pada medium tertentu, sebagai contoh pada kepingan kayu untuk dijadikan hiasan di dalam rumah. 




Tulisan Jawi dalam Bidang Ekonomi      
  • Tulisan pada mata wang menggunakan tulisan jawi, sebagai contoh, penggunaan tulisan jawi dapat dilihat pada duit negeri Terengganu bertarikh 132 Masihi. 



Tulisan Jawi dalam Bidang Agama
  • Islam adalah agama rasmi
  •  Raja dan pembesar juga menggalakkan rakyatnya untuk mendalami ilmu agama.  
  • Hasil daripada kegiatan agama Islam yang dipelopori dan diawasi oleh raja dan pembesar, dapat menghapuskan buta huruf disamping dapat melahirkan tokoh-tokoh agama di kalangan rakyat tempatan.

No comments:

Post a Comment