Wednesday 25 April 2012

Sejarah Batu Bersurat Terengganu



 
Tokoh yang menemui Batu Bersurat Terengganu
  Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari


Illustrasi menunjukkan batu bersurat di temui di Kuala Berang

  • Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya diatas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu
  •  Sampai di Kuala Terengganu, batu ini telah di persembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan diatas Bukit Puteri
  • 1922 - Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun, N.Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan.
  • 1923batu ini dipinjamkan ke Muzium Singapura sehingga Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu bersurat tersebut telah dipulangkan ke Kuala Lumpur dari Muzium Raffles Singapura
  • 1987 - Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu
  •  1991 - Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu
  • Isi kandungan Batu Bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. 
  • agama Islam sebagai agama rasmi dan juga menerangkan mengenai hukum-hukum Islam termasuk perkara mengenai maksiat dan segala perkara mungkar.


Batu Bersurat Terengganu muka 1
     
Batu Bersurat Terengganu muka 2

Batu Bersurat Terengganu muka 3

Batu Bersurat Terengganu muka 4

Islam di Negeri Terengganu

  • Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu menganut fahaman animisme  
  • Islam datang membawa konsep Keesaan Tuhan dan kesamaan taraf di sisi Tuhan melalui ibadat yang luas kehidupan harian masyarakat Melayu
  •  Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi 
  • Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam telah tersebar  dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu 
  • pembentukan Kerajaan Melaka yang bercorak keislaman, telah berlaku proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya dan politik berterusan berlaku


Sejarah Kedatangan Islam ke Tanah Melayu

Info Sejarah Kedatangan Islam ke Tanah Melayu

  • Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi.   
  •  
  • Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China
  •  
  • Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu  
  • Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang bercorak keislaman, telah berlaku proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya dan politik berterusan berlaku

Sumbangan Batu Bersurat

Penggunaan tulisan Jawi dapat dilihat dalam bidang Pendidikan, bidang Pentadbiran, bidang Kesusasteraan, bidang Perubatan, bidang Kesenian, bidang Ekonomi dan juga bidang Agama.





Tulisan Jawi dalam Bidang Pendidikan
  • Pembelajaran dan pengajaran Islam di Tanah Melayu bermula sejak abad ke 12 dan 13 Masihi. 
  • Penggunaan tulisan jawi dalam bidang pendidikan pula bermula seawal abad ke 13 Masihi. Setelah pengisytiharan penguatkuasaan Undang-undang Islam di negeri Terengganu, penggunaan tulisan jawi semakin berkembang luas.        


Tulisan Jawi dalam Bidang Pentadbiran
  • Semua urusan surat-menyurat, watikah perlantikan, surat perjanjian, dan semua urusan rasmi telah menggunakan sistem tulisan jawi dalam pentadbiran feudal (Kesultanan Melayu). 

  • Semua surat yang dikeluarkan oleh pihak Istana mempunyai cap mohor yang tertulisan tulisan jawi pada mohor tersebut misalnya pada cap mohor Sultan Perak pada tahun 1895 dan cap mohor Bendahara Pahang pada tahun 1806.


Tulisan Jawi dalam Bidang Kesusasteraan
  •  cerita-cerita dibukukan antaranya ialah Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Tengkorak. Cerita-cerita melayu lama juga di tulis dalam tulisan jawi dan dibukukan.
  •  bentuk puisi, sajak, syair, dan gurindam
  •  Dengan wujudnya tulisan jawi, tradisi, adat resam serta nostalgia lama dapat dikekalkan dan diwarisi oleh generasi pada masa hadapan.


Tulisan Jawi dalam Bidang Perubatan

  •  dukun dan bomoh akan menulis segala ajaran dan jampi yang dicatit dan dibukukan untuk rujukan kepada generasi yang akan datang.
  • Di dalam buku tersebut dicatit segala mantera dan bahan-bahan yang digunakan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit 






Tulisan Jawi dalam Bidang Kesenian
  • Tulisan jawi menjadi semakin unggul apabila tulisan tersebut dijadikan ukiran di rumah.
  • Kepakaran orang Melayu mengukir ayat-ayat khat pada medium tertentu, sebagai contoh pada kepingan kayu untuk dijadikan hiasan di dalam rumah. 




Tulisan Jawi dalam Bidang Ekonomi      
  • Tulisan pada mata wang menggunakan tulisan jawi, sebagai contoh, penggunaan tulisan jawi dapat dilihat pada duit negeri Terengganu bertarikh 132 Masihi. 



Tulisan Jawi dalam Bidang Agama
  • Islam adalah agama rasmi
  •  Raja dan pembesar juga menggalakkan rakyatnya untuk mendalami ilmu agama.  
  • Hasil daripada kegiatan agama Islam yang dipelopori dan diawasi oleh raja dan pembesar, dapat menghapuskan buta huruf disamping dapat melahirkan tokoh-tokoh agama di kalangan rakyat tempatan.

Kesan Penemuan Batu Bersurat Terengganu

Kesan-kesan positif melalui penemuan Batu Bersurat Terengganu:




 Tradisi pengajian pondok terus menular di dalam masyarakat Melayu





 Kemasukan Islam turut mempengaruhi seni budaya masyarakat Terengganu. 
          hasil-hasil kraftangan seperti tenunan, songket, batik, tembaga, dan anyaman.   

 Semangat nasionalisme telah berkembang di kalangan penduduk Terengganu sikap sayangkan sesama saudara Islam

  Pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, ulamak dan orang-orang besar baginda   menyusun Undang-Undang Bagi Kerajaan Terengganu iaitu Itqanul Muluk pada tahun 1911.
 Kesenian berunsur Islam turut diperkenalkan ke dalam masyarakat Melayu seperti Nazam, Berzanji, dan Rodat,ghazal.